a USAS Akan Berfungsi Seperti UIAM ~ zambry.my

Wednesday, July 27, 2016

USAS Akan Berfungsi Seperti UIAM

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang baharu sahaja diberikan status universiti penuh akan berfungsi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, USAS yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) akan menggunakan model UIAM sebaik sahaja mendapat geran daripada kerajaan.


Beliau berkata, pihak USAS telah membuat semakan semula terhadap perlembagaan universiti apabila menjadi universiti penuh.

“Maka sudah pastinya ada perkara yang berkaitan fungsi universiti memerlukan penilaian semula,’’ katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidil Fitri anjuran USAS di Kuala Kangsar pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, katanya, pada peringkat permulaan, pihak USAS telah melaksanakan perubahan struktur khusus daripada segi penjawatan yang terdapat dalam universiti itu.

Menurut Dr Zambry, langkah pertama yang diambil ialah menukarkan jawatan rektor kepada Naib Canselor.

Katanya, perubahan itu melibatkan jawatan Rektor KUISAS, Tan Sri Nordin Kardi yang kini diberi  gelaran selaku Naib Canselor USAS.

Dr Zambry berkata, perubahan jawatan itu turut melibatkan jawatan Timbalan Rektor yang kini ditukar sebagai Timbalan Naib Canselor melibatkan Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof dan Timbalan Naib Canselor Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Anas Md Yusof.

Beliau berkata, Ahli Lembaga USAS juga telah bersetuju melantik Nordin menjadi pengerusi jawatankuasa bagi menyemak semula perlembagaan KUISAS sebelum ini, sesuai dengan taraf universiti penuh.

Selain itu, katanya, mesyuarat Lembaga USAS juga telah membuat beberapa ketetapan berkaitan perkembangan universiti supaya ia benar-benar berfungsi sebagai sebuah university.

Terdahulu, di dalam ucapannya, Dr Zambry menekankan mengenai pentingnya semangat kebersamaan untuk menjaga universiti itu bagi mengelak sebarang bentuk fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang dianggapnya sebagai `nakal’.

“Jangan dengar khabar angina, jika ada semangat kebersamaan untuk  menjaga universiti secara bersama, pasti tidak akan ada fitnah yang timbul dan dilemparkan sesuka hati,” ujarnya.

Beliau memberi contoh, khabar angin yang menyatakan bahawa yuran USAS adalah yang tertinggi di Malaysia merupakan satu fitnah dan pembohongan.

1 comment:

  1. We provide personal loans Business Loans for debt consolidation, bad credit loans, unsecured loans, loans for bad

    credit and instant secured loans with cheap rates Do you have a firm or company that need loan to start up a business

    or need, personal loan, Debt consolidation? We will
    provide you with loan to meet your needs.
    Note: We offer the following loans to individuals-
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:
    100% safe with us We Offer all types of Finance loans for immediate respond application and many more at 2% interest
    rate. For more information contact us. Email: email: abdullahibrahimlender@gmail.com
    whatspp Number +918929490461
    Mr Abdullah Ibrahim

    ReplyDelete