a Kuarters Kakitangan Kerajaan Dibina Di Semua Daerah ~ zambry.my

Friday, July 15, 2016

Kuarters Kakitangan Kerajaan Dibina Di Semua Daerah

 Kerajaan negeri Perak bercadang untuk memperluaskan usaha membina kuarters kakitangan kerajaan di semua daerah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan kakitangan kerajaan dapat tinggal dalam suasana lebih selesa.


Menurut bellau, usaha kerajaan membina kuarters kakitangan kerajaan di negeri ini memandangkan terdapat kawasan penempatan kuarters yang berada dalam keadaan daif dan uzur.

“Melalui pendekatan baharu yang kita buat ini, kita harapkan ia dapat menampung lebih ramai kakitangan awam tinggal di kuarters yang disediakan oleh kerajaan negeri dalam suasana lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat di tapak pembinaan Kuarters Kakitangan Kerajaan Lumut Kiri, di sini pada Jumaat. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Menurut Dr Zambry, kuarters untuk kakitangan kerajaan daerah Manjung setinggi 10 tingkat itu yang menelan kos RM24 juta dibina di tapak seluas satu hektar dan ia melibatkan 100 unit kediaman dilengkapi kemudahan surau, dewan serbaguna dan tadika.

Katanya, projek tersebut yang diletakkan di bawah seliaan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) kini berjalan dengan baik tanpa berlaku kelewatan dan dijangka siap April tahun depan.

0 comments:

Post a Comment