a Kerajaan Siap Sedia Kemungkinan Banjir ~ zambry.my

Thursday, July 21, 2016

Kerajaan Siap Sedia Kemungkinan Banjir

Kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir dan banjir kilat serta angin ribut kencang ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Bencana yang dipengerusikan oleh pegawai daerah di setiap daerah telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan bantuan segera sekiranya bencana banir berlaku di kawasan mereka.


Menurut beliau, kerajaan negeri telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 berupa bantuan segera kepada jawatankuasa itu bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan mereka.

Dr Zambry memberitahu, pemberian bantuan segera itu tidak perlu dirujuk kepada beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana ia mungkin mengambil masa dua atau tiga hari untuk mendapat kelulusan.

“Ini merupakan langkah terbaik yang kita ambil dalam memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir jika sekiranya berlaku bencana banjir,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Menurut Dr Zambry, bantuan segera yang disalurkan itu termasuk bantuan makanan selain menyediakan tempat pemindahan kepada mangsa banjir.

0 comments:

Post a Comment