a Jawatan Speaker - ‘Saya terima beberapa nama’ ~ zambry.my

Thursday, July 14, 2016

Jawatan Speaker - ‘Saya terima beberapa nama’

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui telah menerima beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) Perak.

Beliau berkata nama-nama itu termasuklah yang dicadangkan oleh MIC.


Dr Zambry bagaimanapun menegaskan ianya bukanlah satu isu besar parti mana nama-nama itu mewakili.

“Daripada mana mereka..MIC atau parti lain bukanlah isu

"Buat masa ini belum ada keputusan tapi kita akan bincang dan kemukakan kepada Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco tengahari tadi.

Beliau diminta mengulas kekosongan jawatan Speaker bagi menggantikan Datuk Seri S.Devamany yang meletak jawatan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

0 comments:

Post a Comment