a Dr Zambry Ucap Tahniah Kepada Khairul Idham Pawi ~ zambry.my

Monday, July 18, 2016

Dr Zambry Ucap Tahniah Kepada Khairul Idham Pawi

 Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba motor yang sedang mengharumkan nama negara, Khairul Idham Pawi, di atas kejayaannya meraih kemenangan pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) di Litar Sachsenring, Jerman pada Ahad.


Dr Zambry berkata, kemenangan yang diraih Khairul Idham itu merupakan kemenangan kedua selepas kejayaan di GP Argentina pada April lalu.
    
“Saya mengucapakan tahniah kepada beliau dan dalam tweet saya semalam antara yang pertama yang mengucapkan taniah atas kejayaannya,” katanya kepada pemberita di Majlis Warna-Warni Aidilfitri PKNP di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada Isnin.

Khairul Idham, pelumba berusia 17 tahun yang mewakili Honda Team Asia itu yang juga anak kelahiran Kampung Gajah, Perak berjaya membuktikan kehebatannya apabila terus mendahului perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat walaupun dalam keadaan hujan dan litar yang basah.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini mewakili pasukan Gresini Racing.

Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata.

0 comments:

Post a Comment