a Rumah Terbuka Aidifitri SUK Meriah ~ zambry.my

Thursday, July 21, 2016

Rumah Terbuka Aidifitri SUK Meriah

Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak 2016 disambut meriah pada Rabu dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.

Majlis jamuan yang dibuat di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta barisan exco kerajaan negeri.


Pelbagai persembahan serta jamuan telah disediakan sepanjang majlis itu yang berlangsung mulai jam 2 petang.

Lebih 50 jenis makan telah disediakan seperti Nasi Beriani, Yong Tau Foo, BBQ Kambing dan sebagainya yang dimasak sendiri oleh kakitangan 16 bahagian di bawah SUK.

Hadirin turut dihiburkan dengan dendangan lagu raya oleh Kumpulan Selendang Perak serta ahli Kesedar sambil menjamah juadah yang disediakan.

Turut diadakan adalah pertandingan Gerai Tercantik dan pertandingan nyanyian.

Gerai tercantik telah dimenangi oleh Pejabat Kewangan Negeri yang menyediakan juadah rojak buah dan buah-buahan.

0 comments:

Post a Comment