a Perak Tingkat Kawalan Bendung Pencerobohan Hutan ~ zambry.my

Wednesday, July 27, 2016

Perak Tingkat Kawalan Bendung Pencerobohan Hutan

Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diminta supaya mengambil tindakan segera bagi membendung kegiatan warga asing yang menceroboh masuk ke dalam kawasan hutan simpan di Gerik untuk mencuri kayu gaharu baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah meminta pihak berkenaan supaya menyediakan satu laporan berhubung kes pencerobohan itu.


Menurut beliau, kerajaan memandang serius kegiatan pencerobohan itu kerana selain mencuri hasil hutan negeri, ia juga boleh menjejaskan keselamatan negeri dan negara.

“Saya telah menekankan dalam beberapa mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri supaya pihak berkenaan mengambil tindakan mempertingkatkan kawalan di laluan masuk ke dalam kawasan kita.

“Ini kerana laporan kes pencerobohan masuk  ke dalam kawasan hutan kita bukan semata-mata melibatkan kes mencuri kayu gaharu tetapi juga atas faktor yang boleh menjejaskan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Riuh Raya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk) di Ipoh pada  Isnin. Hadir sama Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Dr Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laporan akhar tempatan hari ini berkaitan kegiatan warga asing yang menceroboh masuk ke dalam kawasan hutan simpan di Gerik untuk mencuri kayu gaharu baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak polis dan tentera sentiasa mengambil beberapa tindakan dalam memperketatkan kawalan bagi memastikan kawasan hutan simpan tidak dicerobohi oleh warga asing.

Pada majlis itu, isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zuklifli dan ADUN Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak telah menyampaikan duit raya kepada anak kakitangan SADC.

Majlis Riuh Raya itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air, Datuk Hattan dan kumpulan Kristal.


0 comments:

Post a Comment