a Empat Projek Besar Lonjak Pembangunan Bagan Datoh ~ zambry.my

Wednesday, July 27, 2016

Empat Projek Besar Lonjak Pembangunan Bagan Datoh

Daerah Bagan Datoh yang diumumkan sebagai daerah penuh ke 12 di Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpotensi besar untuk berkembang maju seperti mana yang berlaku  di daerah-daerah lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kelulusan empat projek besar yang melibatkan peruntukan sejumlah RM810 juta yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mampu terus melonjakkan pembangunan di  daerah Bagan Datoh di masa hadapan.


“Kita telah membuat persetujuan di peringkat Exco dan kita kemukakan laporan kita kepada kabinet yang telahpun meluluskan untuk mewujudkan sebuah daerah baharu iaitu Daerah Bagan Datoh,’’ katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita di Majlis Riuh Raya Perbadanan Pembangunan Pertanian (SADC) Negeri Perak di Ipoh pada Isnin. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Semalam Perdana Menteri ketika berucap di majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Bagan Datoh mengisytiharkan Bagan Datoh sebagai daerah penuh dan diwartakan sebagai daerah ke-12 di Perak.

Beliau berkata, serentak dengan pengisytiharan itu, kerajaan telah meluluskan peruntukkan sejumlah RM810 juta untuk empat projek besar di daerah baharu itu.

Menurut beliau, kenaikan taraf itu telah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan kabinet Malaysia.

Perdana Menteri memberitahu, dua projek besar yang diluluskan ialah pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dan Bagan Datoh berharga RM350 juta serta laluan dua hala Hutan Melintang ke Bagan Datoh akan dinaik taraf dengan kos RM90 juta.

Manakala dua lagi adalah pembinaan Politeknik Bagan Datoh berharga RM220 juta dan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) berharga RM150 juta.

0 comments:

Post a Comment