a Hayati semangat Syawal - Dr Zambry ~ zambry.my

Thursday, July 7, 2016

Hayati semangat Syawal - Dr Zambry

Menteri Besar Perak menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama  menghayati semangat syawal yang disambut mulai esok.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semangat syawal itu perlu dihayati oleh kesemua pihak tanpa mengira fahaman politik demi memperkukuhkan Islam.


"Bersama-sama kita menghayati semangat syawal ini agar bangkitkan satu kekuatan baru setidak tidaknya di negeri perak ini marilah kita bersatu.

"Tanpa mengira latar belakang, fahaman politik. Kita semua berasakan akidah yang sama,  semoga hari raya ini memperkukuhkan umat islam," katanya ketika memberi ucapan selepas majlis Takbir Raya di kediaman rasminya pada Selasa.

Hadir sama exco kerajaan negeri Perak, kepimpinan Umno Bahagian seluruh Perak dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Lebih 500 rakyat turut menyertai majlis itu yang bermula dengan solat isyak.
Dr Zambry dalam ucapannya turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat di negeri ini.

"Saya mendoakan semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan dan kemaafan kepada kesemua rakyat negeri perak," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment