a Dr Zambry gesa SKMM jalankan siasatan terperinci ~ zambry.my

Thursday, July 14, 2016

Dr Zambry gesa SKMM jalankan siasatan terperinci

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)  digesa menjalankan siasatan terperinci berikutan penafian Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengenai status mempersendakan sambutan Aidilfitri dalam laman sosial Facebooknya.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Nga sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam arena politik tidak perlu bersilat tetapi sewajarnya mempunyai sikap menghargai serta sensitif terhadap budaya lain. 

"Dalam konteks ini, Nga tidak perlu nak bersilat pertahankan itu dan ini, betulkan itu ini atau 
menyalahkan orang lain.
"Beliau (Nga) sepatutnya melihat dalam diri beliau sendiri kenapa cetuskan perkara yang beliau sendiri tahu boleh cetuskan kemarahan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dr Zambry diminta mengulas kenyataan Nga yang menafikan beliau memuat naik gambar 
karikatur menghina perayaan Aidilfitri di laman sosial Facebook.

Sebaliknya, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping berkata ia merupakan fitnah jahat dan 
menegaskan agar perkara tersebut tidak dipanjangkan.
Pada 5 Julai lalu, Nga memuat naik dua status gambar yang menyamakan sedekah duit raya
sebagai rasuah dan 'dedak' selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan 
bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbolagama Kristian.
Mengenai ucapan Selamat Hari Raya itu, Zambry berkata :"Karikatur itu beliau nafikan, 
bagaimana dengan yang pertama. Adakah itu palsu atau tidak?

0 comments:

Post a Comment