a Keutuhan perpaduan kaum perisai elak ancaman ISIS - Dr Zambry ~ zambry.my

Thursday, July 7, 2016

Keutuhan perpaduan kaum perisai elak ancaman ISIS - Dr Zambry



Keutuhan perpaduan di negeri Perak dan Malaysia amnya merupakan benteng utama negara dalam menghadapi sebarang ancaman yang cuba untuk merosakkan keharmonian kaum sedia ada.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry berkata kebelakangan ini dunia dihebohkan dengan pelbagai berita yang mengaitkan aktiviti ISIS serta pengeboman malah peperangan di pelbagai tempat.


Justeru,katanya kunci utama dalam mendepani dan mengelakkan terjadinya perkara sedemikian di negara ini adalah kesatuan dan integrasi kaum yang terpelihara teguh sejak zaman kemerdekaan lagi.

"Paling penting adalah untuk memelihara keamanan di kalangan rakyat, tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan sebagainya kerana hari ini pelbagai ancaman dalam dan luar negara berlaku di Iran dan Syria.

"Kita mengharapkan ianya tidak berlaku di negara kita, dan berdoa agar kita sentiasa terlindung daripada mereka yang cuba menganggu kesejahteraan dan perpaduan yang wujud di Malaysia,"katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian di sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar pada petang Rabu.

Majlis itu yang juga merupakan rumah terbuka peringkat negeri menjadi saksi kepada kesatuan kaum berbilang bangsa di negeri ini apabila orang ramai daripada kaum lain serta Orang Asli turut mengenakan pakaian tradisional Baju Melayu dan Baju Kurung sebagai memeriahkan hari kebesaran yang disambut masyarakat Islam negara ini yang rata-rata merupakan kaum Melayu.

Lebih 10,000 membanjiri ke diaman Menteri Besar seawal 1.30 petang walaupun acara bermula pada 2.30 petang.

DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim mencemar duli berangkat ke rumah terbuka itu untuk bersama-sama rakyat jelata merayakan Syawal.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin menceriakan anak-anak yang hadir dengan menyampaikan sampul duit raya.

Turut hadir, pemimpin setiap parti komponen Barisan Nasional.

Hadiran diraikan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk rendang, lemang, satay, cendol dan ketiow goreng ‘Din’.

Di akhir majlis, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli turut menyerahkan duit raya kepada anak-anak kecil dan penghuni daripada beberapa umah kebajikan di negeri ini. 

0 comments:

Post a Comment