a Kerajaan Tidak Puas Hati Projek Bangunan Tambahan HRPB July 14, 2016 ~ zambry.my

Thursday, July 14, 2016

Kerajaan Tidak Puas Hati Projek Bangunan Tambahan HRPB July 14, 2016

Kerajaan negeri Perak tidak berpuas hati dengan projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang menelan kos RM230 juta.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ini kerana berlakunya kelewatan yang agak ketara dalam projek tersebut, disebabkan oleh masalah teknikal.

Dr Zambry berkata, beliau difahamkan kemajuan projek itu setakat ini tidak sampai 30 peratus sedangkan ia sepatutnya siap Julai tahun hadapan.


“Saya difahamkan berlaku masalah tanah sewaktu kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan  hospital itu kerana tanahnya tidak mantap dan kerja-kerja pengorekan dan menanam cerucuk yang lebih kuat perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata berdemikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Rya Aidilfitri Tahun 2016 Jabatan Kerja Raya Negeri Perak di pekarangan Pejabat JKR Perak di Ipoh pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengarah JKR Perak, Jamilol Nasir Saad.

Dr Zambry berharap projek pembinaan bangunan tambahan hospital itu dapat diteruskan walaupun berlaku kelewatan, demi kepentingan rakyat di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment