a LLM, PLUS Diminta Tingkatkan Ciri Keselamatan di laluan Menora – Dr Zambry ~ zambry.my

Wednesday, July 13, 2016

LLM, PLUS Diminta Tingkatkan Ciri Keselamatan di laluan Menora – Dr Zambry



 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Projek Leburaya Utara Selatan (PLUS) digesa mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan di sepanjang laluan terowong Menora.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara langkah keselamatan itu adalah mewujudkan kawasan khas (sub: emergency bay) di laluan Terowong Menora bagi kenderaan bermasalah untuk berhenti. 


Beliau berkata pewujudan kawasan khas di arah utara dan selatan itu merupakan antara usaha untuk mengurangkan risiko kemalangan terutama membabitkan kenderaan besar seperi bas dan lori.

"Kalau boleh bahagian tepi kawasan berkenaan dapat create emergency bay supaya ada tempat untuk kenderaan ini berhenti kalau ada kecemasan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden sebuah bas persiaran merempuh belakang 10 buah kenderaan lain selepas Terowong Menora Ahad lalu.

Dr Zambry bagaimanapun memuji usaha LLM dan PLUS yang telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan kawasan kawasan berisiko itu selamat termasuk memasang lampu LED.

"Selain itu, 'speed breakers' juga dibuat di atas jalan untuk mengurangkan had laju dan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kemalangan. 

0 comments:

Post a Comment