a Sultan Perak Berkenan Hadir Forum Perdana ~ zambry.my

Tuesday, December 2, 2014

Sultan Perak Berkenan Hadir Forum Perdana

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang jatuh pada 27 November.
Turut mengiringi baginda, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain A'fifullah Shah.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta barisan exco kerajaan negeri.
Program yang bermula seawal jam 6.30 petang itu berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 rakyat dari sekitar pelusuk negeri Perak, khususnya Kuala Kangsar.
Dalam pada itu, pelajar tahfiz, warga emas dan anak-anak yatim turut diundang di program ini.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan bacaan Yassin dan tahlil serta solat Isya' di Masjid Ar Ridzuaniah.
Baginda turut bersama-sama menunaikan solat bersama rakyat yang hadir pada program tersebut.
Forum bertajuk 'Payung Rakyat' itu dianggotai tiga panel iaitu Pengetua Maahad Al-Barakah, Mohammad Kazim Elias, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dan Pegawai Agama di Pejabat Menteri Besar, Dato' Mohd Najmuddin Elias.
Penganjuran program itu merupakan satu kelainan sambutan Ulangtahun Keputeraaan Sultan Perak dengan mengadakan aktiviti berbentuk keagamaan bersama rakyat setempat.

0 comments:

Post a Comment