a Perak Alu-Alukan Bantuan Pasca Banjir Dari Persekutuan ~ zambry.my

Saturday, December 27, 2014

Perak Alu-Alukan Bantuan Pasca Banjir Dari Persekutuan

Kerajaan negeri Perak yakin bantuan kerajaan Persekutuan akan dapat meringankan beban dan memudahkan operasi pasca banjir di negeri Perak.

Keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam proses pasca banjir adalah diperlukan khususnya dari segi pengurusan kerosakan kawasan yang terlibat dengan banjir.


Buat masa ini situasi banjir Perak masih berada dalam keadaan yang terkawal dan kerajaan negeri dapat menguruskannya secara sistematik, dengan kerjasama semua jabatan dan agensi yang terlibat.
Namun bagi persiapan pasca banjir, ianya akan melibatkan penambahbaikan dan baikpulih kerosakan infrastruktur, kehilangan pekerjaan dan mata pencarian di kalangan masyarakat setempat, kerugian harta benda dan sebagainya justeru perhatian daripada kerajaan Persekutuan adalah amat diperlukan
Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir terkini di negeri Perak mencecah 6,728 orang.
Berdasarkan tinjauan semasa di keempat-empat empangan di Kenering, Temengor, Chenderoh dan Bersia, aliran air berada dalam keadaan mendatar.
Kita berharap dengan trend air ini masih berada dalam keadaan mendatar dan hujan yang berkurangan, ianya akan dapat mengurangkan limpahan air di kawasan persekitarannya dan di sepanjang Sungai Perak,

0 comments:

Post a Comment