a Festival Puisi, Lagu Rakyat Nusantara Medan Jana Industri Pelancongan ~ zambry.my

Monday, December 15, 2014

Festival Puisi, Lagu Rakyat Nusantara Medan Jana Industri Pelancongan

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Nusantara (PULARA) yang berlangsung di Pulau Pangkor buat kali kelima tahun ini bukan hanya agenda budaya tetapi juga aktiviti yang mampu menjana industri pelancongannya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sejak pelaksanaan PULARA disasarkan untuk menjadi sanggar seni yang mampu menghimpunkan pemikir sastera, budayawan, aktivis sastera dan seniman dari seluruh dunia.
Dr Zambry berkata demikian ketika berucap pada malam penutup PULARA dan majlis penyampaian Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) keempat di Pulau Pangkor pada Sabtu malam.
Sementara itu, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaffar, berkata sastera adalah dunia pemikiran yang mampu menjadi alat perpaduan dalam situasi negara yang memperlihatkan isu perkauman semakin lantang diperkatakan.
Sementara itu, HSDR menobatkan Mohd Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenal sebagai Malim Ghozali Pk sebagai Sasterawan Perak Darul Ridzuan yang membawa pulang RM20,000 dan watikah dari kerajaan negeri.
Wartawan Berita Harian Hafizah Iszahanid pula mengungguli genre novel remaja yang membawa pulang RM2,500.

0 comments:

Post a Comment