a JPS Diminta Buat Kajian Pembinaan Ban Sungai Di Teluk Intan ~ zambry.my

Tuesday, December 2, 2014

JPS Diminta Buat Kajian Pembinaan Ban Sungai Di Teluk Intan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta untuk membuat kajian berkenaan pembinaan ban sungai di kawasan Teluk Intan bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan  Changkat Jong.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kajian perlu dilakukan supaya banteng atau ban yang dibina  itu nanti kukuh kerana bimbang ianya memberi kesan kepada penduduk jika tidak dibina dengan sebaik mungkin.

Beliau turut menafikan mengatakan ban di Sungai Bidor pecah sebaliknya paras air yang terlalu tinggi sehingga melintasi ban yang sedia ada seterusnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk di kawasan Changkat Jong.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai daerah mengatakan paras air sungai (Bidor) terlalu tinhggi sehingga melintasi ban yang sedia ada dan masuk ke kawasan yang sering dilanda banjir.

“Sebelum ini, JPS ada mengemukan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan ini dengan melihat kedalaman sungai itu yang tidak hanya melibatkan Daerah Hilir Perak malahan ianya juga Daerah Batang Padang,”katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas membuat lawat ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, disini pada Ahad.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli, Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Pegawai Daerah Hilir Perak,Mohd Zamari Mohd Ramli, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Dr Zambry berkata, pihak JKM juga yang diketuai oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Karim memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir dijaga di Pusat Pemindahan Banjir SK Changkat Jong.

Beliau turut berterima kasih kepada semua agensi yang  terlibat ketika memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir di sini tanpa mengira siang dan malam.

0 comments:

Post a Comment