a Kerjasama Orang Awam Dapat Tangani Kes Pencerobohan Hutan Kekal ~ zambry.my

Tuesday, December 9, 2014

Kerjasama Orang Awam Dapat Tangani Kes Pencerobohan Hutan Kekal

Orang awam diminta lebih proaktif dalam menyalurkan maklumat kepada kerajaan negeri mengenai aktiviti-aktiviti pencerobohan di kawasan hutan simpan kekal yang telah diwartakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama orang awam dapat membantu kerajaan menanggani aktiviti pencerobohan dengan lebih berkesan.
Katanya lazimnya aktiviti pencerobohan melibatkan kawasan hutan simpan bertujuan pengambil tanah merah dan juga pasir justeru ianya perlu disekat.
Katanya, pejabat daerah di seluruh Perak telah pun diminta untuk memantau perkara tersebut dan orang ramai juga perlu memainkan peranan mereka membantu kerajaan negeri memerangi aktiviti haram tersebut.
Katanya, melalui aktivit penyeludupan dan pengambilan tanah merah yang berlaku di Gunung Semangol, pihak juga mendapati penyeludupan tersebut turut melibatkan pengambilan pasir yang mengadungi kadungan bijih.
"Dalam konteks pencerobohan hutan simpan kekal ini lazimnya melibatkan kawasan pendalaman dan kawasan tepi pantai, bukit bukau yang diiktiraf hutan simpan kekal.
"Ada yang menceroboh bukan sahaja untuk mengambil pasir tetapi untuk menbang termasuk pokok gaharu justeru jika terdapat sebarang aktivti mencurigakan di kawasan tertentu perlulah dilaporkan kepada kerajaan negeri," katanya.
Menteri Besar menjawab soalan lisan Husin Din (BN-Selinsing) dalam persidangan kedua dewan Undangan Negeri yang ke-13 hari ini.
Sebagai maklumat Dr. Zambry memberitahu sehingga 30 oktober 2014, sejumlah 995284.96 hektar diwartakan sebagai hutan simpanan kekal iaitu melibatkan sebanyak 68 kawasan hutan simpan seluruh Perak.
Tambah beliau, Kerajaan negeri juga telah mewartakan sejumlah 18,866 hektar kawasan tanah kerajaan sebagai hutan simpanan kekal dengan nama hutan simpan Aman Jaya pada 9 Mei 2013 yang lalu.
"Sehingga 31 oktobber 2014, 5 kawasan kerajaan diwartakan sebagai Hutan simpan kekal yang melibatkan Hutan simpan Lekir pada 6 November 2013 (616 hektar) dan hutan simpan Kelip-Kelip (152.98 hektar) pada 6 november 2013" jelasnya.
Katanya lagi, hutan simpan Telok Muroh (116.6 hektar) pada 6 Januari 2010, manakala sebanyak 1052 hektar diwartakan sebagai hutan simpan Teluk Rubiah pada 23 januari 2014.

0 comments:

Post a Comment