a Konsep Living Museum Bakal Lonjakkan Tarikan Pangkor ~ zambry.my

Saturday, December 20, 2014

Konsep Living Museum Bakal Lonjakkan Tarikan Pangkor

Tarikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan utama negara akan diperhebatkan ladi dengan terlaksananya usaha menjadikan pulau itu destinasi "living museum".

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, konsep muzium hidup bertujuan untuk mengekal serta memelihara cara hidup masyarakat Pangkor yang sememangnya terkenal sebagi kampung nelayan.
Katanya konsep tersebut akan memberi peluang kepada pelancong untuk menyelami sendiri dengan lebih dekat mengenai warisan dan juga budaya tempatan yang terdapat di Pulau Pangkor.
"Jabatan-jabatan terlibat telah pun diminta mengadakan perbincangan khas bagi mencari konsep dan idea untuk bagaimana kita mahu merealisasikan hasrat itu.
"Kita mahu pelancong yang datang ke pulau ini dapat merasai kehidupan masyarakat tempatan dengan cara lebih dekat, menyelami warisan-warisan yang ada," katanya.
Beliau memberitahu sejumlah peruntukkan juga telah pun disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Menurut Dr. Zambry, antara inisiatif awal yang akan dibuat keatas pulau itu ialah dengan penyusunan semula kampung-kampung nelayan untuk dijadikan sebagai tarikkan utama.
"Pangkor adalah pusat perikanan, sudah tentu pelancong ingin merasai kehidupan itu justeru kita lihat perlunya mengwujudkan perkampungan-perkampungan yang berasaskan kampung nelayan untuk mereka merasai kehidupan nelayan sendiri," jelasnya.
Selain itu, beliau memberitahu landskap pulau itu juga akan diberi nafas baru dengan mewujudkan lebih banyak tumbuh-tumbuhan serta pokok-pokok supaya ia nampak lebih menghijau.
"Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat tanah telah pun diminta mengadakan perbincangan bagi menghijaukan lagi pulau ini, dasarnya hutan-hutan yang terdapat di Pangkor adalah hutan simpan yang kita gazetkan.
"Dalam perbincangan itu juga, pihak Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) turut akan terlibat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang landskap," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan keatas projek-projek yang sedang membangun di sekitar Pulau Pangkor pada Jumaat.

0 comments:

Post a Comment