a Dr Zambry Tolak Tuduhan Politik MB Inc. Kumpul Harta Untuk Dirinya ~ zambry.my

Thursday, December 4, 2014

Dr Zambry Tolak Tuduhan Politik MB Inc. Kumpul Harta Untuk Dirinya

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesyorkan MB Inc. dirujuk sebagai Perbadanan Menteri Besar bagi mengelak salah tafsir dan tuduhan politik kononnya beliau mengumpul harta melalui perbadanan itu.
Katanya, beliau telahpun menjelaskan perkara ini berkali-kali tetapi mendapati dalam taklimat-taklimat terkini masih ada yang dikelirukan oleh pihak tertertentu seolah-seolah ianya (MB Inc.) adalah milik peribadi Menteri Besar.?
Dr Zambry menjelaskan bahawa MB Inc. adalah perbadanan yang telahpun diwujudkan tahun 1951 yang juga dilaksanakan di semua negeri.
Menurut beliau, setiap negeri masing-masing ada perbadanan Menteri Besar dan perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri namun ada yang aktif dan ada yang tidak.
Beliau menyebut negeri Selangor dan Kelantan sebagai contoh di mana Perbadanan Menteri Besarnya begitu aktif.
"Saya telahpun menjelaskan perkara ini berkali-kali tapi masih ada yang dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah mengatakan ianya adalah milik Menteri Besar iaitu MB punya, jadi MB paling kayalah,'' katanya.
Dr Zambry membuat penjelasan ini semasa bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Beliau berkata, dalam konteks negeri Perak, kerajaan memfokuskan peranan Perbadanan Menteri Besar ini kepada perkara berkaitan galian, mineral seperti perlombongan dan kuari dan tanah untuk pembangunan negeri Perak.
Menurut Menteri Besar, selama ini kerajaan negeri langsung tidak mendapat hasil yang adil daripada hasil-hasil galiannya termasuk pengurusan pasirnya yang berlaku ketirisan serius yang keterlaluan menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil ratusan juta ringgit.
?
Justeru itu, kata Dr Zambry berkata, kerajaan negeri mengaktifkan Perbadanan Menteri Besar sejak tiga tahun lalu bagi tujuan menjaga kepentingan negeri.
Katanya, selama ini kerajaan negeri hanya memperolehi pendapatan melalui bayaran royalti yang sebelum ini hanya satu peratus dan sekarang ini kerajaan meletakkan lima peratus.
"Sejak kita ada MB Inc, hasil royalti yang dikutip daripada industri galian dan minerals telah meningkat. Daripada maklumat, MB Inc telah mengutip hampir RM8 juta hasil dalam tempoh tiga tahun ini. Kita yakin lebih banyak akan dikutip di masa hadapan," katanya.

0 comments:

Post a Comment