a Jumlah Terkini Mangsa Banjir di Perak ~ zambry.my

Saturday, December 27, 2014

Jumlah Terkini Mangsa Banjir di Perak

Jumlah mangsa banjir terkini di pusat pemindahan di Perak sehingga jam 10.00 pagi Sabtu ialah 6,730 orang dari 1,755 keluarga.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, mereka ditempatkan di 56 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri.
Daerah Kerian menjadi kawasan terbaru yang dilanda banjir apabila air dari Empangan Bukit Merah mula dilepaskan kira-kira jam 7 malam Jumaat.
Pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dibuka jam 8 malam tadi yang menempatkan 14 keluarga.

0 comments:

Post a Comment