a Wakil Pembangkang Digalak Sertai Wacana Anjuran Kerajaan Negeri ~ zambry.my

Thursday, December 11, 2014

Wakil Pembangkang Digalak Sertai Wacana Anjuran Kerajaan Negeri

Wakil-wakil pembangkang sentiasa digalakkan digalakkan untuk menyertai sebarang program, wacana dan perbincangan berbentuk intelektual anjuran kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penyertaan daripada pihak pembangkang.
"Wakil-wakil pembangkang sentiasa dijemput, namun kehadiran pihak pembangkang kurang sekali contohnya pra bajet tempoh hari dimana hanya disertai ADUN Sungkai dan mulai hari ini pastikan jemputan dihantar ke program sebegini diterima," katanya semasa soalan tambahan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) dalam Persidangan Dewan negeri pada Khamis.
Menurut Dr Zambry, dalam menuju matlamat pelan pembangunan Perak Amanjaya Institust Darul Ridzuan (IDR) telah mengambil pelbagai pendekatan proaktif sejak penubuhannya dengan memberi tumpuan kepada program untuk membela rakyat.
Katanya, aktiviti yang dijalankan berbentuk kajian, penerbitan, wacana, seminar antarabangsa dan projek kesejahteraan seperti kampung karyawan Amanjaya, dan pusat kerjaya Amanjaya.
Menteri Besar berkata, program yang dirangka turut meliputi transformsi memantap dasar sosial ekonomi dan berdaya saing dan menarik mesra pelabur menambahkan sistem penyampaian awam secara berkesan.
Katanya, program kajian seperti Perak Projek dan projek penyelidikan (KRA) Amanjaya telah menerbitkan 23 kertas projek dalam masa yang sama juga IDR membentuk satu jaringan yang mantap bagi, mengembleng usaha teknikal dan kepakaran institut pengajian tinggi dan penyelidikan.
Dr Zambry berkata, IDR telah menjalinkan kerjasama akrab dengan pelbagai universiti tempatan bagi berkongsi kepakaran, Universiti Tekonologi Petronas (UTP), Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Seminar antarabangsa, Pangkor International Development Dialog (PIDD), acara tahunan yang merupakan usaha Kerajaan Negeri melalui IDR bagi mempromosi Perak sebagai hub persidangan isu-isu ekonomi melibatkan moderator penceramah dalam negara dan luar negara,'' katanya.
Jelasnya lagi, perkongsian ilmu dan idea melalui pakar-pakar yang dijemput dijalankan secara global melalui jaringan luar negara dan dalam negeri .
"Kita bukan hanya melibatkan tokoh dalam negeri perak dan dari luar perak dan satu lagi kelompok melibatkan tokoh dari luar negara bagi mencetus idea dan saranan penganjuran tersebut," katanya.

0 comments:

Post a Comment