a Mangsa Banjir Di Perak Menurun ~ zambry.my

Wednesday, December 31, 2014

Mangsa Banjir Di Perak Menurun

Jumlah mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan pada Rabu apabila seramai 7,191 orang daripada 1,1968 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir sekitar negeri ini, berbanding 7,664 orang daripada 2,047 keluarga tengahari semalam.
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, sehingga jam 2 petang Rabu, hanya 53 pusat pemindahan masih dibuka berbanding 57 pada hari Selasa.
Bagaimanapun, menurut beliau, satu pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah Manjung iaitu di Pusat Pemindahan Sungai Kayan yang menempatkan 40 orang daripada enam keluarga.
Daerah Perak Tengah masih lagi menempatkan mangsa yang paling ramai di negeri ini iaitu seramai 4,902 orang daripada 1,337 keluarga di 20 pusat pemindahan.

0 comments:

Post a Comment