a Jangan Sebar Spekulasi Mengenai Banjir ~ zambry.my

Tuesday, December 23, 2014

Jangan Sebar Spekulasi Mengenai Banjir

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai situasi banjir di negeri ini yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat setempat.

Keadaan banjir yang berlaku di sekitar negeri ini adalah disebabkan oleh cuaca hujan yang berterusan dan bukannya lepasan air dari empangan seperti yang diwar-warkan di laman sosial.

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan info tidak sahih seolah-olah memberi gambaran bahawa keadaan banjir di negeri Perak adalah tidak terkawal dan merbahaya.

Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan laporan dan tinjauan daripada Majlis Keselamatan Negara dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad(TNB) yang bertugas di empangan, situasi banjir adalah masih selamat, tidak membimbangkan dan sentiasa dalam pemerhatian,

0 comments:

Post a Comment