a Zambry Sifatkan Dr. Abdul Kalam Manusia Cukup Istimewa ~ zambry.my

Tuesday, November 3, 2015

Zambry Sifatkan Dr. Abdul Kalam Manusia Cukup Istimewa

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan mantan Presiden India, Allahyarham Dr. A.P.J. Abdul Kalam seorang manusia yang cukup istimewa, berilmu dengan memberi harapan kepada dunia untuk hidup dalam suasana aman dan makmur.
Menurut beliau, Abdul Kalam juga merupakan seorang pencetus cita-cita kepada golongan muda di mana idea-ideanya amat berfaedah dan berguna untuk dihayati oleh golongan itu.
''Allahyarham Dr. Abdul Kalam menceritakan tentang cita-cita, di mana-mana sahaja beliau bercerita tentang cita-cita malah tumpuannya ialah kepada generasi muda sebab itu beliau cukup selesa apabila menyampaikan ucapannya kepada golongan muda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan setem mantan Presiden India itu di Dewan Bandaran Ipoh pada Ahad. Majlis tersebut dianjurkan oleh Dewan Perniagaan India Perak.
Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi India, T. S. Tirumurti dan Presiden Dewan Perniagaan India Perak, K. Seven Munusamy.
Dr Zambry, Abdu Kalam juga merupakan seorang pemimpin contoh yang berilmu dan ternama di mana apabila meninggal dunia beliau hanya meninggalkan sepasang kasut, jam tangan, tiga helai sut, empat helai baju dan wang tunai sebanyak 2,500.
Sementara itu K. Seven dalam ucapannya menggalakkan generasi muda supaya menghayati kisah perjalanan hidup Dr Abdul Kalam yang dianggap seorang lagenda dan tokoh dan pemimpin ternama India.
Katanya, golongan muda hari ini harus berani tampil menghadapi cabaran dengan berfikiran terbuka bagi mencapai impian untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup mereka.

0 comments:

Post a Comment