a 339,921 Penduduk Perak Belum Daftar Sebagai Pemilih ~ zambry.my

Monday, November 23, 2015

339,921 Penduduk Perak Belum Daftar Sebagai Pemilih

Seramai 339,921 atau 16.5 peratus orang penduduk di negeri Perak telah dikenalpasti layak sebagai pemilih tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sehingga suku tahun kedua 2015 seramai 1,405,718 orang yang telah mendaftar sebagai pemilih.
Katanya, daripada jumlah keseluruhan untuk negeri Perak yang layak mendaftar sebagai pemilih iaitu berumur 21 tahun dan keatas iaitu seramai 1,745,632 orang.
''Suruhanjaya Pilihanraya tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah terkini penduduk mengikuit Dewan Undangan Negeri yang telah berumur 21 tahun tetapi belum mendaftar sebagai pengundi yang sah di negeri Perak,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa men jawab soalan lisan Abdul Yunus Jamahri (PKR-Kuala Kurau) pada persidangan Dewan Negeri Perak di Ipoh pada Isnin.
Kepada soalan tambahan Siti Salbiah Mohamed (BN-Temengor) sama ada terdapat cadangan ketua kampung dilantik sebagai pendaftar pemilih, katanya, beliau dimaklumkan bahawa ketua kampung dibenarkan dilantik sebagai pendaftar pemilih tetapi bergantung kepada faktor umur.
''Keputusan mengenai kedudukan ketua kampung ini bagaimanapun akan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya sendiri,'' katanya.
Sehubungan dengan itu, Dr Zambry menyeru penduduk negeri Perak yang berusia 21 dan keatas menggunakan hak masing-masing untuk mendaftar sebagai pemilih.
Beliau juga memberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya dari semasa ke semasa sentiasa mempergiatkan usaha kempen menyeru penduduk yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.

0 comments:

Post a Comment