a Nizar Khianati PAS, Jilat Ludah Sendiri ~ zambry.my

Tuesday, November 17, 2015

Nizar Khianati PAS, Jilat Ludah Sendiri

ADUN Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah meletakkan dirinya seperti pengkhianat dan mejilat ludahnya sendiri apabila mengambil keputusan melompat parti.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata keputusan yang diambil Nizar meninggalkan PAS dan mengisytiharkan dirinya Parti Amanah Negara (PAN) jelas menunjukkan pemimpin pembangkang itu mengalami masalah kekeliruan pegangan politik.
“Tindakannya melompat samalah seperti ‘katak’ sebab tinggal parti yang diperjuangkan selama ini untuk bersama parti baru. Dulu dia (Nizar) juga yang label tiga ADUN Pakatan yang jadi Bebas sokong BN sebagai katak. Sekarang dia pun dah jadi katak. Inilah yang dikatakan jilat ludah sendiri
“Bayangkan orang yang mereka perjuangkan selama ini kata sesiapa yang melompat parti kononnya adalah manusia yang tidak berprinsip tetapi mereka (DAP) boleh terima orang itu (Nizar) sebagai ketua pembangkang.
“Prinsip mana yang mereka pegang? Mereka telah berbohong dan membutakan mata rakyat,’’ katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita di Bilik Media Dewan Negeri Perak pada Selasa.
Beliau diminta mengulas pengumuman Speaker Datuk Seri S.Devamany yang mengumumkan keputusan Nizar untuk melompat parti daripada PAS kepada PAN pada persidangan DUN hari ini.
Dr Zambry memulang paku buah keras kepada ADUN pembangkang kerana sering memperlekehkan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN ketika mereka meninggalkan parti itu pada 2009.
“Dulu mereka kata orang yang lompat parti adalah manusia kotor, tidak bermaruah tetapi hari ini mereka jilat ludah mereka sendiri, saksikan permainan mereka hari ini,” katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Dato’Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) yang turut hadir pada sidang media itu menyarankan supaya Nizar letak jawatannya sebagai ADUN Changkat Jering.
Ini katanya, perbuatan Nizar keluar parti itu bererti beliau telah mengkhianati pengundi yang telah memilihnya atas tiket PAS.
Katanya lagi, pembangkang harus membuktikan kepada rakyat mereka adalah golongan yang berprinsip kerana mereka sebelum ini pernah melabelkan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN sebagai pengkhianat.
“Orang pangkat dia (Nizar) sebab PAS. Sekarang dia dah lompat dan bukan lagi PAS. Mengapa tidak letak jawatan…dia cakap tidak serupa bikin
“(Nizar) Dia juga pernah cakap, dua ADUN Bebas itu tidak Islamik sebab tinggalkan Pakatan. Dia pun PAS tapi (dah bertukar..buruk atau tidak akidahnya?,” ujarnya.
Ditanya sama ada perlu merujuk ADUN pembangkang ini kepada Jawatankuasa Khas, beliau memberikan anologi ini:-
“Kalau lembu tendang kita, jangan kita balas tendang lembu itu balik…tak guna tendang lembu itu…sebab lembu memang dah bodoh,” katanya.

1 comment: