a MB Saman ADUN Aulong ~ zambry.my

Thursday, November 19, 2015

MB Saman ADUN Aulong

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa beliau akan membawa kes tuduhan tidak berasas ADUN Aulong, Leow Thye Yih terhadap beliau pada hari kedua persidangan DUN Perak ke mahkamah.
Dr Zambry berkata, sebelum ini tuduhan tersebut telah dilemparkan kepada beliau di dalam Dewan, namun tindakannya untuk sekali lagi melakukan tuduhan tersebut di luar Dewan, dilihat sebagai amat serius dan tidak boleh dipandang ringan.
"Ini merupakan tuduhan yang keterlaluan, macam mana dia boleh mengatakan sesuatu seperti itu, malah dia mengatakan saya ada terima duit, atau menggunakan perkataan derma daripada pemaju tanah.
"Dia juga bertindak buat kesimpulan sendiri dan berkata, sekiranya saya ambil tindakan, bermakna saya ada terima duit itu dan sekiranya saya tak ambil tindakan bermakna saya tak ambil duit tersebut, mana boleh cakap macam itu," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media merujuk kepada tindakan Leow Thye Yih yang bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut di luar persidangan Dewan.
"Saya akan saman dia, saya akan jumpa dia di mahkamah, tuduhan ini dah sangat melampau," katanya lagi.
Dalam sidang media oleh ADUN Aulong, Leow Thye Yih mengatakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menerima derma atau duit daripada pemaju-pemaju tanah di kawasan Lot 24179, PT 88332.
"Jangan ambil perkataan derma ini secara berasingan, memandangkan hal demikian penduduk-penduduk rasa mungkin beliau telah menerima banyak derma daripada pemaju.
“Jika Menteri Besar ingin membuktikan bahawa beliau tidak menerima apa-apa daripada pemaju, beliau patut campur tangan dan membantu penduduk menegakkan keadilan iaitu menukar balik penggunaan tanah ke kawasan tadahan air atau kawasan hijau.
"Ini bukan daripada mulut saya, saya selaku ADUN Aulong hanya membawa suara rakyat ke Dewan dan ini apa yang dinyatakan oleh penduduk," katanya ketika membaca kembali "handset" persidangan hari kedua di Sidang DUN.

0 comments:

Post a Comment