a Dr Zambry Terima Anugerah Kesenian Berprestij ~ zambry.my

Saturday, November 14, 2015

Dr Zambry Terima Anugerah Kesenian Berprestij

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima penghormatan anugerah “Honorary Gavel” daripada World Congress of Poets hasil sumbangan dalam bidang kesusasteraan dan kesenian.
Antara pemimpin yang terpilih menerima anugerah kesenian berprestij itu adalah mantan Presiden India, mendiang Abdul Kalam ( 2007), Presiden Slovakia, Michal Kovac (2008) dan Presiden Israel, Yitzhak Navon (2012).
Anugerah itu disampaikan oleh wakil kepada Dr Yu Hsi, Wan Hwa Chapouthier kepada Dr Zambry di Pejabat Menteri Besar pada Khamis.
Wan Hwa ketika ditemui berkata pengiktirafan yang diberikan kepada Menteri Besar Perak itu merupakan penghargaan khas daripada WCP atas sumbangan beliau dalam bidang kesenian dan artistik.
“Anugerah “ Honorary Gavel” ini merupakan penghargaan tertinggi kepada individu yang telah menyumbang dari segi kesenian, komunikasi dan usahasama dua hala antara dua negara, kepimpinan dan syair dan pelb agai lagi yang menjangkaui sempadan global,” katanya.
Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh Dr Zambry selama ini dalam memperkasakan unsur kesenian, meningkatkan pengupayaan masyarakat dan mengalakkan keamanan sejagat wajar diiktiraf.
Wan Hwa yang turut mengkagumi bakat sastera tersembunyi Dr Zambry yang pernah menghasilkan nukilan puisi Suara Pelaut dan beberapa buah buku seperti UMNO dan Jiwa Merdeka (1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah Menuju Arah (2000) dan Islam Malaysia dan Amerika (2000) juga berkata anugerah itu selayaknya diberikan kepada pemimpin berjiwa seni tersebut.
Sementara itu, Dr Zambry berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada beliau bukanlah hanya untuk kemegahan individu semata-mata tetapi melambangkan pencapaian yang dikecapi bersama oleh seluruh negara.
“Ingatan WCP iaitu perhimpunan penyair dan golongan sasterawan seluruh dunia saban tahun peringkat antarabangsa kepada pemimpin di Malaysia amatlah saya hargai dan saya berharap ia akan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terus berkecimpung dalam bidang kesenian ini secara berterusan,” katanya.
Dr Zambry sebelum ini, pernah dianugerahkan Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Seni dan Budaya Dunia (WACC) dalam Kongres Penyair Sedunia dan juga terpilih sebagai antara lima penerima anugerah 'Dr. of Literature' oleh WACC berikutan sumbangannya dalam dunia penulisan sastera dan seni.

0 comments:

Post a Comment