a Kerajaan Perak Pandang Serius Kes Bunuh Kejam ~ zambry.my

Saturday, November 14, 2015

Kerajaan Perak Pandang Serius Kes Bunuh Kejam

Kerajaan negeri Perak memandang serius kes pembunuhan kejam yang berlaku di Tapah baru-baru ini.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kejadian pembunuhan kejam seperti itu tidak boleh dibiarkan berleluasa berlaku di negeri ini.
''Saya mengharapkan pihakpolis akan terus menjalankan siasatan bagi memastikan semua punca berhubung kejadian itu dapat dikenalpasti dan diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Dr Zambry turut melahirkan rasa simpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes itu.
Beliau memuji dan mengucap tahniah keapda pihak PDRM yang berjaya membongkar satu kes pembunuhan dahsyat yang cukup menakutkan masyarakat.
Beliau mengulas kes penahanan empat sekeluarga yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan sadis empat individu di sekitar daerah Tapah baru-baru ini.
Kesemua suspek disyaki terlibat secara langsung dalam kes orang hilang sejak tahun 2012 yang dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan modus operandi yang sama iaitu dibakar lalu dibuang ke dalam sungai.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sejak beberapa hari lalu dan melakukan tangkapan ke atas keluarga di Kg Sg Lah, Tapah pada 26 Oktober lepas.
Katanya, suspek utama bagi kes tersebut adalah seorang lelaki berumur 57 yang bekerja sebagai mekanik di kawasan Tapah dan merupakan bapa kepada tiga lagi suspek iaitu anak lelakinya, 20 dan seorang penggangur,17 tahun dan isteri, surirumah berusia 54 yang lain.

0 comments:

Post a Comment