a Segera Kenalpasti Penyakit Misteri Serang Suku Jahai ~ zambry.my

Tuesday, November 24, 2015

Segera Kenalpasti Penyakit Misteri Serang Suku Jahai

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri membuat tindakan segera mengenal pasti punca penyakit misteri melibatkan komuniti Orang Asli Jahai di perkampungan Sungai Kejar di Taman Royal Belum.
Katanya tindakan segera itu perlu bagi membendung penyakit yang didakwa menyebabkan kematian kalangan anak-anak orang asli di situ daripada terus merebak.
"Dengan pelbagai kemudahan yang kita ada, saya pasti tindakan segera untuk mengenal pasti punca dan jenis penyakit yang dikatakan menyebabkan kematian di kampung tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.
Maka saya telah arahkan Jabatan Kesihatan untuk melaksanakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas muncul di program Selamat Pagi Perak di RTM Ipoh, pada Selasa.
Beliau mengulas laporan akhbar The Star mengenai penyakit misteri yang dikatakan menyerang suku Jahai yang menyebabkan kematian anak-anak di perkampungan itu.
Orang asli di kawasan itu yang mengenalpasti penyakit itu sebagai 'serawan' dilaporkan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa hari setelah seseorang dijangkiti dengan tompokan putih di mulut.

0 comments:

Post a Comment