a Perak Sedia Runding Isu Perjanjian Air ~ zambry.my

Friday, February 5, 2016

Perak Sedia Runding Isu Perjanjian Air


Kerajaan negeri Perak sedia berunding dengan Pulau Pinang mengenai perjanjian air sekiranya negeri itu mematuhi terma yang disediakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, perjanjian bekalan air adalah suatu bentuk perniagaan dan Perak tidak boleh menjual air mentah dengan harga minimum kepada Pulau Pinang yang tentunya akan menjual air terawat pada harga mahal.

"Kerajaan negeri tidak akan mendapat manfaat daripada perjanjian itu jika keuntungan dinikmati sebelah pihak sahaja sedangkan air mentah itu dari negeri ini (Perak).

"Pada masa sama, kerajaan negeri Perak perlu mengambil kira keperluan rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Loji Rawatan Air Sungai Rawa, di sini hari ini.      

Pada 2014, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menjadi pengantara bagi menyelesaikan rundingan bekalan air dari Perak.

Menurut Guan Eng, bekalan air mentah dari Perak seperti yang dicadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam Skim Bekalan Air Mentah Sungai Perak bertujuan memastikan bekalan air mentah mencukupi untuk Pulau Pinang sehingga 2050. 

0 comments:

Post a Comment