a Aktiviti Nelayan Haram Membimbangkan ~ zambry.my

Friday, February 26, 2016

Aktiviti Nelayan Haram Membimbangkan

Sikap segelintir nelayan haram menangkap ikan tanpa lesen didakwa mendatangkan masalah kepada ekosistem Tasik Temenggor.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam maklum balasnya berkata, kerajaan negeri akan meminta pihak berkuasa memberi perhatian atas isu yang dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Kita khuatir jika mereka menggunakan alat seperti bom, menuba, memukat secara berlebihan akan mengakibatkan sumber ikan terjejas.

“Ada pelbagai jenis hidupan yang tinggi nilainya di tasik ini dan jika ia pupus, adalah amat merugikan dan saya mahu ia dipelihara," katanya.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata, di kawasan selatan Tasik Temenggor di bawah pengawasan Jabatan Perikanan.

“Jika dalam kawasan, kita boleh lakukan tangkapan kerana ia kawasan Taman Negeri," katanya.

0 comments:

Post a Comment