a Penternak Ayam, Buat Permohonan Sebelum Berniaga ~ zambry.my

Thursday, February 11, 2016

Penternak Ayam, Buat Permohonan Sebelum Berniaga

Kerajaan negeri memberi amaran kepada penternak di negeri ini supaya tidak mengambil jalan mudah dengan membina terlebih dahulu tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.

Para pengusaha dan penternak di Perak diingatkan supaya mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.

“Andai mereka telah membina dengan mengeluarkan belanja yang besar dan mula menjalankan penternakan tersebut baru permohonan itu masuk dan mereka meminta kerajaan negeri meluluskan tempat penternakan mereka atas alasan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar, kerajaan negeri tidak akan pertimbangkan.

“Ini kerana, sebagai contoh, industri penternakan ayam adalah satu industri yang sensitif terhadap alam sekitar, khususnya kepada kawasan yang berkenaan akibat daripada pembiakan lalat.

“Sebelum mereka bina pusat ternakan tersebut, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu sama ada kerajaan akan membenarkan atau tidak"

Terdapat pengusaha atau penternak yang cenderung membina atau memulakan perniagaan sebelum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

YAB Menteri Besar Perak bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

"Saya beri amaran mereka yang ambil mudah dengan membina dahulu tanpa kebenaran, kerajaan negeri tidak akan tergak-agak untuk menutup premis mereka," katanya.

0 comments:

Post a Comment