a Semua Pihak Perlu Bersatu Bangunkan Perak ~ zambry.my

Wednesday, February 10, 2016

Semua Pihak Perlu Bersatu Bangunkan Perak

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua pihak agar bersatu padu untuk mempergiatkan usaha dalam memacu pembangunan ekonomi negeri, agar ia lebih berdaya saing.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu, semua pihak perlu mengetepikan sebarang perbezaan fahaman politik agama dan budaya.

"Kemajuan Perak yang mampan dapat mewujudkan ekonomi lebih sejahtera dan inklusif.

"Perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum amat penting dan mampu mengukuh serta menstabilkan ekonomi," 

katanya ketika berucap ringkas pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, anggota exco kerajaan negeri serta Pengerusi PCCCI Datuk Liew Sew Yee.

Pada majlis itu, kira-kira 2,000 tetamu menikmati pelbagai hidangan termasuklah 'Yee Sang' selain menyaksikan beberapa persembahan tradisi masyarakat Cina.

Zambry turut menyampaikan angpau kepada 120 anak yatim dari sekitar Lembah Kinta.

0 comments:

Post a Comment