a Program Pemukiman di Hulu Perak Bermula ~ zambry.my

Tuesday, February 23, 2016

Program Pemukiman di Hulu Perak Bermula


Program Pemukiman anjuran kerajaan Perak di daerah Hulu Perak bermula hari ini apabila para pengamal media dilihat mula berkumpul dan diberi taklimat mengenai program tersebut.Sebanyak 137 program akan dilaksana sepanjang pemukiman selama lima hari dan Menteri Besar, Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dijangka menghadiri sekurang-kurangnya 24 program.

Program lain akan dihadiri barisan Exco Kerajaan Negeri dengan menumpukan aktiviti berorientasikan rakyat.

Pemukiman adalah inisiatif pentadbiran Dr Zambry yang mahu usaha mendekati rakyat dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira langkah-langkah penyelesaian permasalahan penduduk di kawasan terlibat.
Pemukiman di Hulu Perak dijangka akan diperluaskan di daerah lain selepas ini.
Terdapat enam program wajib yang akan dilaksanakan dalam pemukiman kali ini termasuklah Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim Elias, qiamulail, kenduri rakyat, ramah mesra dan Excutive Talk bersama penjawat awam.

Turut diadakan ialah program Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir dan Fit Perak.

Bagaimanapun, difahamkan program ceramah perdana Datuk Kazim Elias yang dijadualkan pada malam esok akan digantikan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.










0 comments:

Post a Comment