a Tuanku Hadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri ~ zambry.my

Monday, February 15, 2016

Tuanku Hadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini malam ini.

Turut berangkat, Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Sambutan kali ini turut menyaksikan kehadiran lebih 1,000 rakyat mewakili pelbagai kaum hadir meraikannya dalam suasana penuh harmoni.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan iaitu antaranya persembahan orkestra daripada Sekolah Menengah Tsung Wah dan tarian kebudayaan daripada penari kebudayaan Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK).

0 comments:

Post a Comment