Bekas Speaker Dun Perak, Datuk Seri Junus Wahid meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini akibat kanser prostat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi pada usia 72 tahun di sisi isteri, Datin Seri Insah Daharun, 68, dan dua anak perempuannya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia selepas solat Asar.

Selain menjawat jawatan speaker Dun Perak bagi tempoh 1999 hingga 2004 semasa pentabiran Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib, Allahyarham Junus juga pernah menjadi Ketua Umno bahagian Tanjung Malim.