a Pulau Sembilan Diletakkan Di Bawah Pentadbiran Bagan Datoh ~ zambry.my

Monday, August 8, 2016

Pulau Sembilan Diletakkan Di Bawah Pentadbiran Bagan Datoh

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pentadbiran Pulau Sembilan yang sebelum ini di bawah Manjung diserahkan kepada daerah baharu Bagan Datoh.

Beliau berkata, pengumuman itu selari dengan agenda kerajaan negeri membangunkan daerah baharu itu seperti daerah-daerah lain yang terdapat di Perak.


 “Telah banyak perbicangan diadakan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan bagaimana kita dapat bangunkan daerah Bagan Datoh seperti daerah-dearah lain, jadi saya rasakan ini pengumuman yang tepat pada masanya.

“Pulau Sembilan ini kedudukannya jika dibandingkan dengan Bagan Datoh dan Pangkor, Bagan Datoh lebih dekat, justeru lebih strategik sekiranya pentadbirannya diberikan kepada daerah baharu ini,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh pada Sabtu.

Dr Zambry berharap pulau itu dapat dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
“Jagalah pulau itu baik-baik, jangan dicermari pulau berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh menyambut baik pengumuman tersebut.

“Atas budi baik Menteri Besar, kami di Bagan Datoh mengucapkan terima kasih kerana dari segi pentadbiran Pulau Sembilan itu diletakkan dalam pentadbiran Bagan Datoh,” ujarnya ketika sidang media selepas mesyuarat tersebut. 

0 comments:

Post a Comment