a Kesatuan Ahli Jamin Keutuhan BN ~ zambry.my

Monday, August 8, 2016

Kesatuan Ahli Jamin Keutuhan BN

Kesatuan dalam kalangan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat penting dalam memastikan parti dapat berdepan segala bentuk cabaran dan meneruskan agenda membela rakyat.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kesatuan yang mantap dalam kalangan ahli parti diperingkat akar umbi bukan sahaja dapat menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum ke 14 nanti malah menolak sebarang bentuk ancaman luar yang cuba menggugat kepimpinan negara.

 

"‎Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Teluk Intan dan Parlimen Kuala Kangsar amat jelas membuktikan betapa pentingnya kesatuan dalam kalangan ahli parti dimana  mereka komited mempertahankan keutuhan parti,’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian semasa berucap di Majlis Kesyukuran dan Jamuan Aidilfitri UMNO/BN peringkat negeri Perak 2016 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Rabu.

Menurut beliau, jentera pilihanraya BN Perak akan terus menjadikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Kuala Kangsar sebagai model untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti. - Suara Perak

zahid-kuale
mb kuale2
mb kuale3
mb kuale4

0 comments:

Post a Comment