a Jawatan Speaker DUN Perak Sah Milik MIC ~ zambry.my

Thursday, August 4, 2016

Jawatan Speaker DUN Perak Sah Milik MIC

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan bahawa jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah milik MIC.

Namun demikian katanya, pengumuman rasmi siapa bakal menyandang kerusi Speaker DUN Perak hanya akan diketahui pada hari Dewan bersidang pada 9 Ogos ini. 


"Kita sudah bersetuju dengan calon MIC dan saya beri peluang kepada kamu semua (wartawan) untuk meneka siapa calonnya,’’ katanya sambil berseloroh kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Jawatan Speaker DUN Perak kosong berikutan peletakan jawatan Datuk Seri S K Devamany yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mendakwa kerajan negeri gagal mengumumkan nama calon Speaker dalam tempoh yang ditetapkan jelasnya, "ini cara kita bukan cara mereka’’.

Nga Kor Ming dalam satu sidang akhbar telah menuduh kerajaan Barisan Nasional gagal mengemukakan senarai calon Speaker sepertimana yang dilakukan oleh parti pembangkang.

0 comments:

Post a Comment