a BN Mahu Lunaskan Janji Wan Khair-il ~ zambry.my

Friday, June 3, 2016

BN Mahu Lunaskan Janji Wan Khair-il

Barisan Nasional (BN) akan melunaskan janji yang telah dibuat oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, apa yang paling penting, BN bukan hanya membuat janji kosong, tetapi menjanjian sesuatu yang boleh dilaksanakan.


“Kita tidak akan menjanjikan langit, apa yang kita buat seperti biasa apa perkara-perkara yang ada di sini.

``Kita akan meneruskan apa yang dibuat oleh mantan Yang Berhormat dulu dan ini adalah pendekatan-pendekatan kita,’’katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Bersama YAB Menteri Besar Perak dan Taklimat Isu-Isu Semasa oleh Presiden CUEPACS di Auditorium Tun Abdul Razak, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Kuala Kangsar pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Presiden CUEPACs, Datuk Aziz Muda.

Dr Zambry menyelar pihak pembangkang kerana mengambil kesempatan memburuk-burukkan BN yang kononnya gemar menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan janji itu.   

“Biasalah mereka akan gunakan segala kesempatan untuk mengatakan bahawa kita janji itu janji ini segalanya kita buat janji,’’ katanya.

Dr Zambry turut menjelaskan bahawa  beliau tidak perlu memberi nasihat kepada ahli-ahli UMNO dan BN kerana mereka tidak akan menaburkan berbagai janji kerana perkara-perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama yang berkaitan dengan kementerian.

Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan yang realistik dalam meraih sokongan pengundi bagi memastikan kemenangan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN Perak, BN akan menjanjikan sesuatu yang boleh dilakukan untuk kepentingan rakyat dan bukannya menabur janji yang tidak mampu dilaksanakan.

``Menteri-Menteri  akan memaklumkan tentang sesuatu benda yang ada di kawasan berkenaan saya tidak tahu sama ada ada dikalangan ahli yang membuat pelbagai janji yang saya tahu tidak ada,’’ katanya.

Pada majlis itu Dr Zambry mengumumkan peruntukan khas tahunan sebanyak RM100,000 kepada CUEPACS Negeri Perak bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan ahlinya.

0 comments:

Post a Comment