a Sultan Nazrin Rasmi Sidang DUN ~ zambry.my

Tuesday, April 12, 2016

Sultan Nazrin Rasmi Sidang DUN

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Negeri ke-13 yang bermula hari ini (Selasa).

Istiadat pembukaan dimulakan kira-kira jam 9.30 pagi sebaik keberangkatan tiba baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran Perak sambil bendera peribadi Sultan dikibarkan  diikuti dengan Pemeriksaan Perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan.
Selepas tamat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan itu, lagu kebesaran negeri Perak dimainkan bagi kali yang kedua.

Sultan Nazrin bersama-sama Tuanku Zara kemudiannya berangkat ke Kamar Diraja diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Seri S.K Devamany.

Baginda kemudiannya memulakan titah ucapan pembukaan mesyuarat  kira-kira jam 10.10 pagi.

0 comments:

Post a Comment