a Stadium Mini Tapah Dinamakan Stadium Tun Ahmad Sarji ~ zambry.my

Monday, April 25, 2016

Stadium Mini Tapah Dinamakan Stadium Tun Ahmad Sarji

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pertukaran nama  baharu Stadium Mini Tapah kepada Stadium Tun Ahmad Sarji.

Menurut beliau, pemberian nama itu adalah sebagai pengiktirafan kepada kejayaan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji sebagai seorang anak Perak.


``Itulah yang dapat kami sampaikan kepada beliau bersaksikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan isteri beliau.

``Saya doakan semoga Amanah Saham Malaysia ini akan terus mencatat sejarah kerana inilah contoh yang terbaik yang membentuk pemikiran rakyat yang sebelum ini tidak pernah terfikir apa itu saham.

``Tetapi sejak diwujudkan amanah saham ini rakyat khususnya di kalangan bumiputera begitu faham apa ertinya saham yang boleh memberikan keuntungan yang tidak lagi orang kata `beor pape ase begaye," katanya semasa berucap pada perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah pada Rabu.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri akan terus membantu untuk memastikan supaya rakyat negeri Perak dapat menanam modal mereka dalam amanah saham ini.

0 comments:

Post a Comment