a 4,000 Hadiri Ceramah Perdana Sempena Sambutan TLDM Ke-82 ~ zambry.my

Monday, April 25, 2016

4,000 Hadiri Ceramah Perdana Sempena Sambutan TLDM Ke-82

 Lebih 4,000 hadiri Ceramah Perdana di Pekarangan Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Khamis malam.

Ceramah Perdana yang menampilkan penceramah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid itu dianjurkan sempena Sambutan Hari TLDM Ke-82.


Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama pegawai-pegawai atasan dan warga TLDM.

Ceramah bertajuk Masyarakat Sejahtera Negara Sentosa yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal itu telah bermula jam 9 malam selepas para hadirin menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah.

Majlis itu merupakan anjuran Pejabat Menteri Besar Perak dan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR).


Sebaik program tamat pada jam 11 malam, Dr Zambry seterusnya menunaikan Qiamullai seawal jam 4 pagi dan solat Subuh bersama-sama lebih 300 warga TLDM di masjid yang sama.

Menteri Besar dijadualkan akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Surau Markas Armada, Pangkalan TLDM di Markas Armda pada jam 10.30 Jumaat dan seterusnya Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari TLDM ke 82 di Masjid An-Nur pada jam 12.20.

0 comments:

Post a Comment