a Pengiktirafan Sultan Satu Penghargaan ~ zambry.my

Thursday, April 14, 2016

Pengiktirafan Sultan Satu Penghargaan

Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada pengiktirafan yang dizahirkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berhubung beberapa dasar yang telah dan sedang dilaksanakan pihaknya.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata antara dasar kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan baginda adalah berkaitan perumahan mampu milik yang tidak lama lagi akan digubal menjadi sebuah lembaga.

Kejayaan kerajaan negeri mendekati dan mendengar keluhan hati rakyat melalui program pemukiman di daerah Hulu Perak juga mendapat perhatian Tuanku Sultan, katanya.

“Dasar-dasar yang berkonsepkan sentuhan rakyat seperti program pemukiman yang kita laksanakan termasuk juga konsep pembangunan dan pertumbuhan yang ada di negeri ini telah mendapat pengiktirafan baginda.

“Ini antara perkara yang mendapat perhatian dan penghargaan baginda, jadi kami di pihak kerajaan negeri patik sekalian merakamkan penghargaan tidak terhingga terhadap Tuanku,” katanya.

Namun begitu, beliau memberitahu kerajaan negeri akan terus memperbaiki kekuarangan dan kelemahan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sering kali kita akan terus melihat semula perkara-perkara yang perlu diperbaiki umpamanya program pemukiman, kita mahu ia diperbaiki supaya rakyat dapat yang terbaik,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment