a MB Inc. Jalin Kerjasama Penyelidikan Dengan JMG ~ zambry.my

Monday, September 15, 2014

MB Inc. Jalin Kerjasama Penyelidikan Dengan JMG

Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) menjalin kerjasama penyelidikan dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia dalam menjadikan Perak sebagai peneraju industri perlombongan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama ini juga bagi memastikan supaya hasil-hasil galian dan mineral dapat dikendalikan dengan sebaiknya.
Beliau turut memuji tindakan proaktif JMG kerana bekerjasama dengan kerajaan negeri menerusi MB Inc. bagi membangunkan bidang geosains dan galian ini kerana Perak dianggap negeri yang kaya dengan sumber mineral.
"Dengan demikian kerja-kerja berkaitan dengan penyelidikan dapat dilakukan apabila adanya hubungan baik dan kerjasama mantap antara JMG dengan MB Inc.'' katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) dengan JMG di Ipoh pada Isnin.Hadir sama Ketua Pengarah JMG Malaysia, Dato' Yunus Abdul Razak dan KetuaPegawai Eksekutif MB Inc. Dato' Aminudin Hashim.
Katanya, kerjasama seperti ini akan memberi kelebihan kepada MB Inc. untuk memanfaatkan kepakaran JMG Malaysia dalam menggalakkan pembangunan menyeluruh menerusi rantaian bekalan industri perlombongan di Perak.

0 comments:

Post a Comment