a Kerajaan Negeri, Felcra Kerjasama Selesai Masalah Perumahan Generasi Kedua ~ zambry.my

Thursday, September 11, 2014

Kerajaan Negeri, Felcra Kerjasama Selesai Masalah Perumahan Generasi Kedua

Kerajaan negeri mahu bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua Felcra di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, terdapat kawasan-kawasan Felcra yang dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perumaham bagi keperluan generasi kedua ini.
Katanya, ada pula kawasan Felcra yang telah dibangunkan sejak sekian lama tetapi malangnya mengalami kemerosotan dari segi kependudukan.
"Ini termasuklah beberapa kawasan Felcra seperti Seberang Perak dan Lekir umpamanya sekolah yang ada di kawasan berkenaan semakin kurang pelajarnya.
"Kalau dulu ada lebih daripada 100 orang pelajar sekarang tidak sampai dan mungkin satu hari nanti sekolah dalam kawasan Felcra itu akan ditutup.'' katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Sebelum itu beliau menerima cek bayaran bagi pendapatan terkumpul Felcra Berhad kepada kerajaan negeri berjumlah RM42.5 juta yang disampaikan Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Menurut Dr Zambry lagi, beliau turut meminta Felcra membangunkan kawasan terbiar di negeri ini dalam bentuk lain dan baharu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi kedua.

0 comments:

Post a Comment