a 308 Ekor Lembu Untuk Korban Perdana 2014 ~ zambry.my

Friday, September 19, 2014

308 Ekor Lembu Untuk Korban Perdana 2014

Sebanyak 308 ekor lembu diterima untuk program Korban Perdana Negeri Perak 2014 sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
 
Majlis akad penyerahan dan penerimaan lembu-lembu itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh pada Khamis malam.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima lembu-lembu itu daripada para penyumbang sebelum menyerahkannya kepada Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Datuk Ismail Saffian.
 
Program Korban Perdana 2014 itu diselaraskan oleh Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan akan diagih-agihkan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri yang telah dikenalpasti.
 
Antara penyumbang ialah Lembaga Air Perak dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang masing-masing menyumbangkan 100 ekor lembu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (50 ekor), Menteri Besar Incorporated (34 ekor), K Perak (20 ekor) dan NCIA (seekor).

0 comments:

Post a Comment