a Guna Kreativiti, Inovasi Secara Bermoral ~ zambry.my

Saturday, September 13, 2014

Guna Kreativiti, Inovasi Secara Bermoral

Kreativiti dan inovasi perlu digunakan secara bermoral bagi memastikan ia tidak membawa kehancuran kepada manusia sendiri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meminta masyarakat mengunakan daya kreativiti yang tinggi serta daya berinovasi di luar kotak pemikiran untuk kebaikkan bersama manusia sejagat.
Katanya, kedua-dua perkara itu jika digunakan dengan tujuan positif untuk membina atau penambahbaikkan, ianya mampu mentranformasikan kehidupan menjadi lebih baik.
Jelas beliau, ledakkan informasi mengenai pelbagai bidang yang mudah diperolehi hasil teknologi maklumat yang canggih seharusnya digunakan secara bermoral kerana jika tersilap langkah ia boleh memberi kesan negatif.
"Jika kita lihat ciptaan-ciptaan yang dibuat oleh manusia pada abad ke 20 dan 21, ianya memberi banyak alternatif kepada manusia, ada yang memberi manfaat dan ada pula sebaliknya.
"Kebolehan untuk berkreativiti dan berinovasi adalah seperti pisau kepada manusia, jika ia digunakan dengan cara yang positif, ia akan memberi kebaikkan dan jika digunakan dengan cara negatif ia boleh membawa kehancuran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian majlis Konvensyen Inovatif & Kratif (KIK) Perkhidmatan Awam ke 27 dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Ipoh pada Jumaat.
Dr. Zambry berkata, KIK adalah satu pentas yang penting dalam memberikan keberkesanan dalam menilai, mengukur prestasi pengurusan serta penyampaian perkhidmatan organisasi, menggalakkan persaingan di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Menurut beliau, hasil rekaan dan inovasi peserta-peserta konvensyen itu akan dilihat secara teliti oleh kerajaan negeri untuk diguna pakai, samada di peringkat jabatan mahupun negeri.
Pada majlis itu Dr Zambry menyampaikan beberapa anugerah seperti Anugerah Tema Hari Inovasi Terbaik, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT), Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) dan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
Bagi tahun ini, tiada pemenang bagi Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) tetapi ianya digantikan dengan Anugerah Potensi Inovasi yang dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dengan ciptaan mereka KM Post Asah.

0 comments:

Post a Comment